siapa aku?

My photo
ini hanya pementasan hidup...

Tuesday, January 5, 2010

Sekadar pesankah

sudah orang tua berpesan pesan
jauhi bende yg bukan bukan
kau yang salah x hiraukan
sesal kemudian kau tangisi keadaan
mungkin ku hanya reti bermelodi
bercerita tentang kehidupan ini
untuk kau ingat buat kau sedari
mimpi mu itu hanyalah puisi
teman sedarlah yang itu bukan pilihan
penghancur masa depan sial mereka palitkan
busuk nama mu buruk rupamu
hitam awan selubung duniamu
kausalahkan kau dipinggirkan
tak kau tahu dimana kau dibesarkan
bertarung nyawa ibumu lahirkan
kau bayi ditatang dicium disayang
dan kini celaka kau labelkan
bapamu lelah mencari rezeki
untuk sempurnakan apa yg kau kehendaki
sanggup kau maki sanggup kau keji
kerana rungutan salahmu mereka ingin perbaiki
mengapa kau puja lelaki bohjan
mengapa kau tipu perempuan jalanan
mengapa kau minum air kencing setan
mengapa kau rosak dirimu dengan bahan larangan
tidak kah kau ingat jasa mereka
memelukmu kerna mau kau selesa
pelihara dirimu jauhi neraka
ingatlah ibu bapamu
tinggalkan 'mereka'

No comments:

Post a Comment