kebodohan berakhir dengan sesalan..
pulang aku mengidam kasih sayang
langkah ku dulu patah di tengah jalan
ku menyimpang kerana aku hamba perasaan
kini kebencian tersimpan dihati orang tua
tidak mereka luahkan tetapi timbul buat seketika
melatah aku mereka muak
malu aku diam menjinak
teman terbang menggapai awan
aku di bawah hanya mampu mengenang
kekasih tempat mengadu jiwa
walau ribut sering bercerita
aku dibelakang masih buta jalan
kesilapan berulang hanya keluar rungutan
aku ingin terbang mengusap awan
aku harus kuat menyusur jalan
masihkah ada secalit cahaya
buatku suluh dalam kelam
aku pendam aku diam
hanye keluhan pahit kutelan
Sunday, June 27, 2010
Bodoh Aku DuLu
Subscribe to:
Posts (Atom)